Wednesday, February 3, 2010

sentiasa mencari kesalahan orang lain dan buru sangka

Terkilan dan terkedu dengan sikap segelintir manusia yang sentiasa mencari kesalahan orang lain, nak dikatakan sifatnya begitu sempurna, jauh sama sekali, sedangkan nabi mempunyai kelemahan, inikan lagi manusia biasa seperti kita. jadi fikir2 kanlah.. tiada dijadikan manusia itu dengan kesempurnaan. tiadalah juga dijadikan manusia itu berganding2an untuk saling lengkap melengkapi.. x gitu?Janganlah sentiasa melihat dengan mata dan pandangan kosong. sesuatu yang berlaku itu mungkin ada sebab. sebarang kecatatan atau ketidaksempurnaan mungkin akan menjadikan manusia itu saling bertoleransi antara satu sama lain. Jangan pula disisih mereka kerana berbeza aliran pendapat dan pendirian dengan kamu, kerana tidak semestinya semua pendapat kamu itu betul. Jikalau saudara atau rakan kamu melakukan kesalahan tegurlah secara berhikmah, dan janganlah pula sentiasa mengeluarkan kata2 sindiran tajam, menulis, atau menyebarkan sesuatu yang mungkin menyakitkan hati.

Islam melarang umatnya bersangka buruk kepada orang lain kerana ia adalah salah satu cabang dosa. Sekiranya kita nampak saudara kita melakukan kesalahan, barulah kita menegurnya dengan cara yang berhikmah. Kita tidak dapat menilai diri kita sendiri, tetapi pandangan orang di sekeliling kita akan menjadi cerminan diri kita sebenarnya. Janganlah kita merasa kita ini sentiasa betul dalam semua perkara.Sifat ini adalah sangat di benci oleh Allah s.w.t. bahkan di sukai oleh Syaitan.


Jangan pula kita mencari-cari kesalahan orang lain apabila kita berada di dalam keadaan yang harmoni. Itu adalah perbuatan yang cela dalam Islam. Orang yang di hatinya ingin melihat saudaranya susah dan sentiasa mencari kesalahannya serta menolak akaan kebaikannya, ini mengambarkan penyakit hati dalam dirinya dan menunjukkan kepada orang ramai akan kelemahan imannya.

untuk peringatan bersama....

"Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesunguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang". AL-HUJURAAT, 49:12.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...