Monday, November 22, 2010

caucasian girl

Exercise di tasik utm, tetiba jumpe dgn budak kecil comel, putih macam anak orang putih. for sure memang anak foreigner sebab muka dia tak macam malays chinese or indian ok.

Apis: wah! comelnye...! *sambil senyum2 kat budak kecik yang comel tu
Qad: where is your mom?
Apis: Where's ur dad?
Budak comeL; hihihihi.. iyah iyyyahh!! *sambil main alat senaman dengan ganasnya.
Apis: What ur name??
Budak Comel: trus main dan main...

lepas main..

Budak kecik: "nak main kat situ lah" *sambil berlari ke arah alat permainan lain.

oh... melayu rupanya.
Aku malu seketika. T_T

Tuesday, November 16, 2010

Cara untuk berdiet dengan agak betul


1) Mulakan bersarapan dengan Makanan berat
nama pon dah break the fast mestilah kena makan dengan banyak sebab badan kita tak dimasuki apa2 pon selama 8 jam kita tidur. Sarapan awal akan menigkatkan stamina juga, menjadikan hari kita lebih produktif

2) Makan dengan Seimbang
sumer orang dah tau dah. keep it simple. Bahagikan pinggan kita kepada empat bahagian. 2/4 adalah untuk nasi, 1/4 untuk sayuran, dan 1/4 untuk daging
2 bahagian nasi-sebagai sumber tenaga, iaitu kanji
1 bahagian sayuran-Sebagai sumber alkaline
1 bahagian daging - Sebagai sumber protien

so, setiap kali makan, mestilah ada ketiga2 benda ini. barulah badan sihat dan kuat
tapi ramai rakyat malaysia yang amalkan 3/4 nasi dan 1 bahagian daging. sayur?jarang sekali nampak

3) makan buahan dan sayuran dahulu
Sunnah nabi juga ada mengatakan sedemikian. Harus makan buahan dahulu supaya mudah diserap oleh usus. Ini kerana, perut kita mengamalkan konsep "first come first serve" . penah tak perasan, bila kita makan betik SELEPAS makan, ade bau betik masa kita buang air besaq? ini disebabkan, betik itu tadi tidak sempat dicernakan oleh usus. tambahan lagi kalau uols makan buahan selepas minum. so, ape-apepon, kalau makan nasi, kita serang sayuran dulu. n minum kena paling lassst sekali. lagi baik kalau minum after 30 minutes kita makan.

4)Jangan makan berulamkan air
Orang tua selalu marah kalau makan pastu minum, pastu sambung makan lagi. dan seterusnya. oleh kerana perut kita ada asid hidroklorik yang mampu mencerna makanan pada certain kepekatan, maka penambahan air boleh menyebabkan ianya mencair lalu menjadikan pencernaan tidak efektif. mulalah nanti kembung perot bagai.

5) jangan Tinggal makan malam.
Rasulullah S.A.W melarang manusia untuk meninggalkan makan malam. Barangsiapa yang meninggalkan makan malamnya dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda.

6) Gandingan ideal
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Baginda Nabi juga mengamalkan tatacara berikut
*Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.
* Rasulullah tidak makan daging bersama ikan.
* Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.
* Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.
* Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.
* Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.
* Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.


7) Makan dengan tagan dan menjilat jari
Finger lickin good!! Nabi mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

8) minum air masak selepas bangun pagi
Mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. ia boleh menjauhkan diri dari penyakit (susah nak kena sakit).

9) Mandi pagi sebelum subuh
Mandi pagi sebelum terbit fajar boleh membantu memecahkan lemak. tengok je orang yang rajin bangun pagi dengan yang tidak. orang dulu-dulu dengan orang zaman sekarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...