Saturday, January 25, 2014

Judging and being judged

JUDGING AND BEING JUDGED

Sangat mudah untuk mengadili orang lain bukan?.  Memang lumrah manusia begitu. Aku pun begitu. Malah lebih teruk.  Segala benda yang orang lain buat yang nampak seperti salah dimata aku, aku akan terus mengadili mereka.  Ya aku mengadili mereka tanpa menyiasat betul betul, serkap jarang orang kata.  Sepertinya diri aku ini terlampau sempurna.  Pernah jugak aku terasa diri aku ni "holier than thou".  Gila bukan?  

Tapi setelah beberapa peristiwa yang telah berlaku kepada diri aku, yang aku sangat menyesalinya.  Peristiwa yang aku sendiri tidak dapat duga.  Cerita yang hanya aku dan dia sahaja yang tahu.  Cerita yang aku tidak mahu ungkit.  Cerita jijik tentang khilaf aku sendiri. Namun aku bersyukur, peristiwa itu jugalah yang buat aku terjaga.  Peristiwa yang menarik dan menghempas aku dari terus dia awang awangan.  Peristiwa yang menyedarkan aku bahawasanya aku adalah insan yang lemah dan sentiasa membuat berdosa.  Peristiwa yang mencerminkan keperibadian aku yang mejengkelkan.  Yang paling penting, peristiwa yang menunjukkan bahawasanya aku bukanlah sempurna.

Oh sungguh ironi. 

 Jika dulu aku mengeluh dan tertanya-tanya, mengapa itu , kenapa ini. Kenapa kau begitu. Teruknya dia ni. Ya sungguh mudah untuk aku mengadili dan mencaci.  Kini aku diam. Diam dan bermuhasabah, kafarah dosa barangkali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...