Sunday, October 6, 2013

Perbualan si ibu dengan anaknya


Si Anak: mak.... adik kena duduk kampus sempena cuti semester nanti. Kena buat gerak kerja untuk program. lepastu pensyarah suruh stay sane sebab kena buat experimen untuk projek sarjana muda.

Si Emak: ohhh... nanti duduk mane?

Si Anak: duduk kat hostel. Tapi tapayah bayar kot sebab ade buat surat untuk menginap kat hostel tu. Makan boleh je carik mane2 ade jer kot cafe yang bukak nanti...

si anak terdiam seketika. Sebenarnya dia mengalami masalah kewangan. Tapi dia berasa malu dan bersalah untuk meminta duit dari ibunya untuk perbelanjaan sempena cuti semester nanti. ibunya seperti mengetahui akan masalah kewangan yang dihadapi oleh anaknya itu. Tambahan pula,dia tahu yang anaknya tiada sumber kewangan kerana anaknya itu tidak berkerja sambilan sempena cuti semester lepas. Biasanya, anaknya itu akan bekerja sambilan setiap kali cuti semester untuk menambah duit poket bagi menaggung perbelanjaan setiap semesternya. oleh kerana anaknya itu terpaksa menjalani Latihan industri, maka sumber kewangannya terputus. berapalah sangat elaun yang diberi oleh syarikat untuk pelatih industri.Tak lepas pun untuk membayar yuran latihan industri yang dikenakan oleh fakulti.

Si emak: macamana nanti? Cukup tak duit nak duduk sane(kampus) nanti?

Si anak: Tengoklah nanti mak. adik pinjam kat kak long. takpon makcik. nanti dah dapat duit PTPTN semester depan adik bayar lah.

Si emak: Esok petang kita pegi pejabat post ye. bawak buku ASB mak sekali

Si anak: kenapa? nak buat apa?

Si emak: Adik kan nak pakai duit. nanti keluarkan lah sikit.

Si anak: ish.. mak ni.. tak payahlah,. tu untuk simpanan hari tua mak. lagipun berapalah sangat duit dalam ASB mak tu.

Si emak: Takpe lah dik.. mak tak heran dengan duit tu. Adik nak belajar kan.. tu pun untuk masa depan adik.. yang mak harapkan cuma satu je. Nanti kalau mak dah tua, mak harap snagat yang adik dapat jaga mak.

Si anak: * menangis dalam hati. Insyaallah mak...

3 comments:

Amoi said...

The above situation is alomst same with me here.

:'(

But I still haven't tell my dad about I need money for my next sem fee for my industrial training.

:'(

(sigh)

c.t.d.y.a said...

sedih. :(

phizz88 said...

amoi: T_T huhu... u can start keeping money or tell ur dad bout that.
Dia: huhu... :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...